Friday, June 6, 2014

Maggie Ayam Bujangku

ada la satu hari tu...aku cuti semester...jadi aku balik rumah, homesick lah katakan...masa tu kakak aku bekerja...jadi tinggallah aku dengan mak...aku bangun lambat pagi tu...tengok mak dah takde dalam rumah...mungkin beliau ke masjid bersihkan kawasan masjid...itu aktiviti mingguan beliau dengan mak cik...

aku pun tengok la tv kejap...mamai la katakan...nak sidai baju tak siap lagi...tengok tv punya tengok...mak balik sebab dah selesai kerja beliau kat masjid tu...lalu dia tanya aku nak sarapan apa...aku cakap lah aku tak tahu...lalu tercongok la dua beranak ni depan tv...hihihi...

lama jugak la...then perut aku lapar...tak tahan aku tanya mak aku ada tak megi? mak cakap ada, dalam kabinet tu...aku amik, aku masak la kejap...megi style aku...yummy...hehehe...

lepas dah masak dah siap tunggu nak makan...time ni aku masak untuk aku jah...sebab mak aku cakap beliau tak nak makan...aku makan punya makan dalam 3-4 sudu...mak datang kat meja...sedap bau megi katanya...nak rasa...hehee...

pastu aku macam...aduhhh, orang tua ni..tadi tak nak...huhuhu...pastu aku pass megi tu kat mak saya...mak aku cakap sedap, lagi sedap kalau letak cili...memang pun...saja aku tak letak sebab aku tahu mesti beliau akan makan gak megi ni...pastu aku perhati je beliau makan...tetiba hati aku jadi sayu...berselera sungguh beliau makan walaupun yang dia makan tu hanyalah megi bujang buatan aku...aku tak pasti la sama ada dia makan tu sebab sedap atau beliau memang lapar...tapi riaknya itu...priceless...dan buat aku jadi kenyang even aku hanya makan 2-3 sudu...

jadi aku biarkan mak aku menghabiskan semuanya hanya kerana saya mahu lihat reaksi wajahnya ketika makan megi tu...

dan aku merasakan aku perlu belajar memasak mulai dari hari itu...tapi aku takut nanti masakan aku tak sedap dan nanti akan jadi suatu pembaziran pula...hahaha...tapi aku bersedia nak belajar...cari2 resepi...hihihi...

-Insya Allah Bondaku-


Thursday, May 29, 2014

Dia Yang Terluka

minggu ni
aku buat dia sakit hati lagi
minggu lepas pun ada jugak
aku pun tak pasti
kenapa aku buat dia macam tu

aku kira-kira
setakat yang aku ingat la
dah 2 kali dah
aku buat dia menangis
yang ni tak tahulah
mungkin jugak
kalau dia menangis
maknanya dah 3 kali
haihhhhh

hurmmm
lagi satu
aku perasan sesuatu
sejak kebelakangan ini
sensitif dan sentap dia
makin menjadi-jadi
pantang aku salah cakap sikit
mesti dia sentap
bermula la 'Perang Dingin'
antara dia dengan aku
huhuhu

jujur aku cakap
kalau dia dah halal
bagi aku saat ini
aku genggam tangan dia
aku dakap erat tubuhnya
agar dia kembali tenang
biar dia menangis di depan aku
biar dia menangis dalam pelukkan aku

aku akan tanya
segala isi hatinya
rasa tika dan saat ininya
biar dia meluah segala yang terbuku
agar ku tahu apa isi hatinya
agar dapat ku menenangkan resahku
agar dia kembali selesa dengan aku

tapi sayeeennngggg
kami kawan je
huhuhuhu


Wednesday, April 23, 2014

Cerita Cinta di Universiti

sebenarnya dah dua tahun
aku duk Kelantan ni
sambung belajar
Universiti Malaysia Kelantan
jangan tanya kenapa jauh sangat
dah rezeki kat sini
terima dan redho je la nak

sebenarnya hampir 2 tahun dah
takde masa nak update kat blog ni
selalu update simple2 je
tentang hati, perasaan dan juga ilmiah sikit
kalau tak kat FB kat twitter
tapi twitter jarang, jarang sangat
bukak pun sebab nak tengok
livescore bola je
hehehehehe

nak dipendekkan kan cerita
first day aku masuk sini
dah bertegur sapa dengan awek
tapi tak la masuk2 terus tegur
hahahaha

first time masuk, kelas marketing
awek tegur, student intake baru ke?
iya kan je

comel orangnya, tapi takut nak bermesra
kenangan silam masih menghantui
dan hati masih lagi pada Nur Alisa Najwa
ramai betul yang comel kat sini
sampai rambang mata gak la
huhuhuhuhu

pastu dalam semester sama juga
juga kenal seorang gadis
pun comel, berisi, taste diri...
hikhikhik
tapi dah berpunya, lambat seminggu...
aduiiiii...

semester tu, itu je la yang berkenan
masuk semester ke dua
lagi la, padu bak hanggggg
kelas berpecah, semakin ramai yang terlihat
huhuhuhu

dalam semester kedua ni la titik segalanya
ramai yang aku jumpa, tapi satu aku tertarik
tertarik means hati aku betul2 sangkut
aku tertarik sebab dia kecik
taste baru selepas tamat tingkatan enam

aku tak tahu sebab apa aku tertarik dengan dia
sebab sampai sekarang, semester 4 aku masih pandang dia
aku tengok dia biasa2 je
mungkin kerana kehalusannya
kelembutan bicara dan keramahannya
kebaikannya kepada aku
itu yang membuatkan aku tertarik...

walaupun aku ada cuba untuk pandang awek2 lain
tapi macam mana aku nak terang kan?
rasa tu tak sama dengan apa yang aku rasa
bila aku pandang dia
aku rasa melalui mata hati
sedang awek lain aku pandang dengan mata zahir

tapi sayang, dia juga telah berpunya
tapi tu semester 2 dan semester 3
sekarang dia single
tapi....
aku melihat aku ada pesaing
aku jenis bukan suka berebut
kalau ada orang nak
aku tak letak harapan dah
bukan aku tak nak pertahankan
tapi aku rasa orang lain boleh buat dia bahagia
apa yang aku boleh buat
orang tu juga mungkin boleh buat
malah mungkin boleh buat lebih lagi
dia lagi better look
better personality
tuntasnya
perfect untuk memiliki seorang gadis

apalah nak dibandingkan dengan aku ni
rupa tiada, harta tiada, gemuk plak lagi
sapa lah pandang kalau ada yang lebih perfect
lagipun aku dah biasa mengalah
sedang dalam bercinta pun aku yang mengalah
tanpa memikirkan hati aku yang parah
inikan pulak sesuatu yang aku tak pasti
milik aku kah atau bukan

dan mungkin untuk sekali lagi
terpaksa untuk aku mematikan
mematikan rasa yang tumbuh ini
dari membiak dan bercambah
untuk mengelakkan ia menjadi lebih kucar
sebelum ia menjadi lebih parah


Monday, July 29, 2013

Aku dan Sesuatu

saya mula suka awak start kita sekolah rendah lagi...mungkin awak tak tahu...tapi ituah kebenarannya...saya tak tahu kenapa saya suka awak...saya simpan rasa tu hinggalah kita SPM...bukan saya tak cari yang lain...tapi lepas saya jumpa mereka...pasti ingatan saya kembali pada awak...untuk pertama kali saya luahkan perasaan saya...awak tolak cara baik...tapi tidak mengapa saya faham...lagipun kita masih lagi belajar...perjalanan kita masih lagi jauh...habis spm saya cuba untuk bertanya lagi sudikah awak bersama saya...awak masih belum bersedia...kali ketiga juga begitu...tapi apa yang membuat saya berputus asa adalah ketika saya sambung belajar di tingkatan 6...dan awak di kolej swasta...saya ajukan soalan yang sama...mulanya saya tidak tahu awak sudah berpunya...tapi awak menerangkan secara baik tentangnya...sejak itu saya dah tak berani nak bertanya hal sama hingga hari ini...saya juga terluka kerana itu...malu rasanya bila hasrat saya ditolak 4 kali berturut-turut...mungkin hasrat saya tidak akan tercapai...satu lagi...sejak saya tengok awak berubah ke arah Ilahi...ianya menambahkan lagi kesukaran saya memiliki awak...sebab ianya terlalu drastik...saya dapat rasakan saya bukanlah yang terbaik untuk gadis molek seperti awak...saya budak jahat dan saya punya banyak kekurangan...dan mungkin saya akan terus  memendam rasa saya ini...selagi saya masih belum bernikah...selagi awak belum bernikah...tempat awak dalam hati saya sentiasa terbuka...tapi walaupun hati ini terbuka untuk awak...saya cukup sedar siapa diri saya...seorang insan biasa yang luar biasa dari insan biasa yang lainnya...dari segi luaran mahupun dalaman...untuk awak terima saya, pasti akan membuatkan awak fikir berpuluh juta kali...namun saya tetap akan doakan awak bahagia dalam kehidupan awak dunia dan akhirat...Insya Allah :)


Wednesday, April 4, 2012

Menjelma Lagi Kenangan Ini

berikan aku ruang dan peluang.
keluarganya sudah punya pengganti.
tapi tidak aku.
dia masih belum punya pengganti.
yang tinggal hanya.
kenangan dan memori..
ketika hayatnya.
walaupun mesej-mesej manjanya..
telah aku buang..
tapi aku masih simpan..
rakaman suaranya..
tapi selepas seminggu..
ku tahu berita pemergiannya..
aku tak berani..
nak buka dan dengar suaranya..
kerana ku takut..
airmata ini mengalir kembali...
:'(

Tuesday, February 7, 2012

Kenangan Bersama Bulan

our first phone talk, that start with me...

i will go outside and...
stare at the moon on the sky...
sit at stairs, search your name...
find and call you my dear...
that conversation not too long...
just ask where you are...
what you condition there...

heard your voice...
it's complete my day...
that moment it's not last forever...
a few days later...
sky with dark cloud...
obscure my view to moon...
and after that day...
every night is rainy night...
and you fall ill...
it's doesn't matter for me...
as long you live...
as long i can't heard you voice...
i will be with you...

now you're gone...
come back to your Creator...
i'm alone all night...
here without you...
even you're not by side...
you always in my mind...
you always in my heart
because you're half of my soul...

that bright shine moon...
become a witness...
my love to you...

I leave everything to Him...
to take care of you, my dear...
we will meet at His heaven someday...
Al Fatihah to you...
that my little present...
from me to you...
Rest In Peace My Love...

you always in my Memories...

Saturday, February 4, 2012

Kenangan Yang Berlalu, Kini dan Selamanya...

7.10.2011
aku ingat tarikh ni
hari Jumaat
hari ni Pre U Perimbun
menuju Morib untuk
mengadakan seminar STPM
lepas sembahyang Jumaat
kitorang check in chalet
aku biasa la exited
bukan selalu tido chalet
dan aku sedar sesuatu
henfon aku, ada orang miskall
nak tahu siapa?
Nur Alisa Najwa namanya... :)
kitorang dah kawan dalam 2 bulan
pastu entah kenapa
aku call dia balik
sebelum ni tak pernah pun
maka terjadilah perbualan kami...
yang pertama melalui telefon...
aku terasa semakin akrab dengan dia
malam tu, lepas seminar
kitorang lenjan mesej... :D

10.10.2011
tarikh ni bermakna
sebab aku kapel
dengan dia yang tersebut
hati aku berbunga
bila dia terima aku
sebagai kekasih dia
^_^_^_^_^_^_^_^
tapi aku ada satu fobia
keterlukaan sebelum ini
membuatkan aku acuh tak acuh
dalam bercinta

beberapa hari selepas itu
tarikh tak ingat
sebab aku buat dajal
dekat dia
aku saja nak test
aku hantar text kat dia
aku baru lepas tolong kawan
pujuk awek dia
jadi aku hantar text camni
'dah ok blom? ok2. gud nite sayang.'
dia reply tu untuk siapa
dia menangis :(
lama aku pujuk dia malam tu
akhirnya dia percaya aku balik
dari situ aku tahu
cinta kitorang akan kekal
dan bertahan lama

sebulan bersama dia
hidup aku terurus
aku dia panggil Sayang
dia aku panggil Kasih
sikap aku berubah
menjadi lebih tenang
dari sebelumnya
lagipun aku dah nak periksa
mungkin agak serabut sikit
tapi dengan kehadirannya
pada waktu yang tepat
mengatasi segalanya

selepas itu
ada suatu waktu di mana
aku call dia pada hari pertama
dia tak angkat
esoknya aku call kagi
juga tak terangkat
hari seterusnya
henphone dia off
aku mula risau
jadi aku halo2 nom lama dia
sepupu dia yang pegang rupanya
dia cakap Kasih aku masuk hospital
demam
aku bertambah risau
ok ke dia?
macam mana keadaan dia?
lepas tahu keadaan dia macam tu
aku tak kontek dia
dalam 2-3 hari lepas tu
dia mesej aku
tanya pasal aku
aku cakap kat dia
kenapa off phone
sebab itu membuatkan
aku jadi curiga pada cinta dia
dia cakap dia masuk hospital
tak pe aku faham

seminggu kemudian
dia masuk hospital lagi
aku tanya sepupu dia lagi
sebenarnya dia sakit
implikasi buah pinggang
dia pernah jatuh
kini aku mengerti
kenapa dia asyik keluar masuk hospital
dan lepas tu
aku tak sentuh lagi bab tu
bila dia off phone 2-3 hari

dia pernah ceritakan
segalanya tentang sejarah hitam dia
tengah malam dia bagitahu aku
sebanrnya Kasih,
sayang tak kesah
sebab sayang
sayangkan Kasih
bukan sebab masa lalu Kasih
tapi sebab Kasih sekarang
malam tu dia menangis
dia cakap
dia meangis sebab
dia takut aku tinggalkan dia
dan dia nak aku
selamanya sehingga ke akhir hayat dia
aku telah berjanji dengan dia
aku akan selamanya bersama dia

14.12.2011
hari ni
paper second last aku
Kertas Penagajian Am Kertas 1
aku gembira sangat
sebab esoknya last paper
dan lepas tu
aku akan tahu segalanya tentang
Kasih aku yang sorang ni
malam tu, aku keluar jalan2
dia telefon aku
ketika aku sedang bawak Nur
dalam hujan
sebab tu aku tak berhenti
untuk angkat call
takut phone basah
aku sampai jer rumah
dalam pukul 10.30 malam
aku terus call
nasib baik dia angkat
lagipun dia baru lelapkan mata

aku perasan sesuatu
malam tu
suara dia agak garau sikit
dia sedih sebab aku
tak angkat call dia
aku terangkan apa yang berlaku
pastu aku cakap la
kan aku dah call balik
suara dia macam ceria sikit
kitorang borak la sikit
pastu dia cakap dia nak tido
jadi aku cakap la
letak la phone
then dia letak

pastu dia call balik
dia mula buka cerita
dia petah bercakap lak
dia tanya aku
pasal exam
pasal kesihatan
pasal makan aku
di akhir perbualan tu
dia bergurau dengan aku
sebelum ni ada gak la
dia bergurau macam tu
tapi harini lama sikit
dari yang biasa
dia panggil nama aku
masa aku nak letak
pastu dia gelak
senang hati aku
bila dia ceria
yelah dia kan sakit

esoknya
last paper
aku happy sangat
malam tu, aku call dia
tapi tak terangkat
samalah seperti hari2 seterusnya
dalams seminggu gak la
aku call tak berangkat
masuk hospital ke Kasih aku ni?
tapi phone tak off pun?
hurmmmm
sehingga aku nekad
beri mesej
kalau nak putus cakap
tapi tolong jangan senyap
saya ok saja kalau nak
tapi tak sangka lusa tu
sepupu dia cakap
dia dah tiada
DAH MENINGGAL DUNIA

20.12.2011
hari pemergian dia
selang beberapa hari
lepas kertas terakhir STPM aku
selepas aku tahu
dia dah pergi
aku rasa bersalah
sebab aku hantar mesej
yang tak sepatutnya aku hantar kat dia
remuk hati aku
hancur lebur
jiwa aku kosong

kini
aku hanya mampu mengenang
saat indah bersama dia
tiada lagi petah bicaranya
riangnya percakapan dia
mesej2 cinta dari dia
gurauan manja dari dia

setiap hari lepas aku tahu
pemergian dia
aku tunggu call dari dia
aku tunggu mesej dari dia
aku macam orang gila
tapi aku tak tunjuk
kat orang lain
aku kontek sepupu dia
dia nasihatkan aku macam2

aku cuba melupakan dia
aku delete semua mesej dia
tapi dia tetap dalam hati aku
dia tak boleh aku hilangkan
tak boleh menganggap
dia dah tiada
dia sentiasa dalam hati aku
satu2nya kenangan aku dengan dia
rakaman suara dia
dia menyanyi untuk aku
lagu yang ida bagi
Stacy-Kisah Dongeng
Nera-Hatimu Milikku
ada tiga lepas tu
tapi aku terdelete
dan terakhir
Arrow-Sendu Di Hatimu, Rindu Di Hatiku
aku akui saat ini
aku cuba menangis
tapi aku tak sanggup
nak tunjuk kesedihan aku
blog ni tempat
aku meluahkan segalanya

p/s:
Kasih,
sehingga kini
Kasih tak pernah
keluar dari hati sayang
sayang tak pernah bencikan Kasih
sayang halalkan kasih sayang sayang
yang sayang bagi pada Kasih
cuma yang sayang harap
Kasih aman di sana
abadi dan sejahtera
di sisi Pencipta Kasih

sayang cuma nak Kasih tahu
sehingga kini
sayang rindukan Kasih
sayang sebenarnya
tunggu Kasih bagitahu sayang
yang Kasih sakit
itu yang sayang nak dengar
sebab Kasih pernah bagitahu sayang
walau apa pun yang terjadi
Kasih tetap sayang punya
sayang tetap di hati Kasih
tapi kenapa Kasih?
Kasih tak bagitahu sayang
yang Kasih sebenarnya
sakit tenat?
tapi segalanya dah berlaku
sayang pun dah lama tahu

sayang doakan Kasih
sejahtera di alam sana
semoga cinta kita
akan bertaut di syurga nanti
Insya Allah...

satu saja persoalan aku
untuk aku mencari cinta lain
aku tertanya-tanya
ikhlaskah cintaku ini?
atau sekadar hanya
ingin hilangkan rasa sunyi di hati
tapi bagi aku,
aku mungkin akan berbuat begitu
pada awalnya
namun jika aku dah sayang seseorang
aku akan selamanya punya dia...