Wednesday, April 4, 2012

Menjelma Lagi Kenangan Ini

berikan aku ruang dan peluang.
keluarganya sudah punya pengganti.
tapi tidak aku.
dia masih belum punya pengganti.
yang tinggal hanya.
kenangan dan memori..
ketika hayatnya.
walaupun mesej-mesej manjanya..
telah aku buang..
tapi aku masih simpan..
rakaman suaranya..
tapi selepas seminggu..
ku tahu berita pemergiannya..
aku tak berani..
nak buka dan dengar suaranya..
kerana ku takut..
airmata ini mengalir kembali...
:'(

Tuesday, February 7, 2012

Kenangan Bersama Bulan

our first phone talk, that start with me...

i will go outside and...
stare at the moon on the sky...
sit at stairs, search your name...
find and call you my dear...
that conversation not too long...
just ask where you are...
what you condition there...

heard your voice...
it's complete my day...
that moment it's not last forever...
a few days later...
sky with dark cloud...
obscure my view to moon...
and after that day...
every night is rainy night...
and you fall ill...
it's doesn't matter for me...
as long you live...
as long i can't heard you voice...
i will be with you...

now you're gone...
come back to your Creator...
i'm alone all night...
here without you...
even you're not by side...
you always in my mind...
you always in my heart
because you're half of my soul...

that bright shine moon...
become a witness...
my love to you...

I leave everything to Him...
to take care of you, my dear...
we will meet at His heaven someday...
Al Fatihah to you...
that my little present...
from me to you...
Rest In Peace My Love...

you always in my Memories...

Saturday, February 4, 2012

Kenangan Yang Berlalu, Kini dan Selamanya...

7.10.2011
aku ingat tarikh ni
hari Jumaat
hari ni Pre U Perimbun
menuju Morib untuk
mengadakan seminar STPM
lepas sembahyang Jumaat
kitorang check in chalet
aku biasa la exited
bukan selalu tido chalet
dan aku sedar sesuatu
henfon aku, ada orang miskall
nak tahu siapa?
Nur Alisa Najwa namanya... :)
kitorang dah kawan dalam 2 bulan
pastu entah kenapa
aku call dia balik
sebelum ni tak pernah pun
maka terjadilah perbualan kami...
yang pertama melalui telefon...
aku terasa semakin akrab dengan dia
malam tu, lepas seminar
kitorang lenjan mesej... :D

10.10.2011
tarikh ni bermakna
sebab aku kapel
dengan dia yang tersebut
hati aku berbunga
bila dia terima aku
sebagai kekasih dia
^_^_^_^_^_^_^_^
tapi aku ada satu fobia
keterlukaan sebelum ini
membuatkan aku acuh tak acuh
dalam bercinta

beberapa hari selepas itu
tarikh tak ingat
sebab aku buat dajal
dekat dia
aku saja nak test
aku hantar text kat dia
aku baru lepas tolong kawan
pujuk awek dia
jadi aku hantar text camni
'dah ok blom? ok2. gud nite sayang.'
dia reply tu untuk siapa
dia menangis :(
lama aku pujuk dia malam tu
akhirnya dia percaya aku balik
dari situ aku tahu
cinta kitorang akan kekal
dan bertahan lama

sebulan bersama dia
hidup aku terurus
aku dia panggil Sayang
dia aku panggil Kasih
sikap aku berubah
menjadi lebih tenang
dari sebelumnya
lagipun aku dah nak periksa
mungkin agak serabut sikit
tapi dengan kehadirannya
pada waktu yang tepat
mengatasi segalanya

selepas itu
ada suatu waktu di mana
aku call dia pada hari pertama
dia tak angkat
esoknya aku call kagi
juga tak terangkat
hari seterusnya
henphone dia off
aku mula risau
jadi aku halo2 nom lama dia
sepupu dia yang pegang rupanya
dia cakap Kasih aku masuk hospital
demam
aku bertambah risau
ok ke dia?
macam mana keadaan dia?
lepas tahu keadaan dia macam tu
aku tak kontek dia
dalam 2-3 hari lepas tu
dia mesej aku
tanya pasal aku
aku cakap kat dia
kenapa off phone
sebab itu membuatkan
aku jadi curiga pada cinta dia
dia cakap dia masuk hospital
tak pe aku faham

seminggu kemudian
dia masuk hospital lagi
aku tanya sepupu dia lagi
sebenarnya dia sakit
implikasi buah pinggang
dia pernah jatuh
kini aku mengerti
kenapa dia asyik keluar masuk hospital
dan lepas tu
aku tak sentuh lagi bab tu
bila dia off phone 2-3 hari

dia pernah ceritakan
segalanya tentang sejarah hitam dia
tengah malam dia bagitahu aku
sebanrnya Kasih,
sayang tak kesah
sebab sayang
sayangkan Kasih
bukan sebab masa lalu Kasih
tapi sebab Kasih sekarang
malam tu dia menangis
dia cakap
dia meangis sebab
dia takut aku tinggalkan dia
dan dia nak aku
selamanya sehingga ke akhir hayat dia
aku telah berjanji dengan dia
aku akan selamanya bersama dia

14.12.2011
hari ni
paper second last aku
Kertas Penagajian Am Kertas 1
aku gembira sangat
sebab esoknya last paper
dan lepas tu
aku akan tahu segalanya tentang
Kasih aku yang sorang ni
malam tu, aku keluar jalan2
dia telefon aku
ketika aku sedang bawak Nur
dalam hujan
sebab tu aku tak berhenti
untuk angkat call
takut phone basah
aku sampai jer rumah
dalam pukul 10.30 malam
aku terus call
nasib baik dia angkat
lagipun dia baru lelapkan mata

aku perasan sesuatu
malam tu
suara dia agak garau sikit
dia sedih sebab aku
tak angkat call dia
aku terangkan apa yang berlaku
pastu aku cakap la
kan aku dah call balik
suara dia macam ceria sikit
kitorang borak la sikit
pastu dia cakap dia nak tido
jadi aku cakap la
letak la phone
then dia letak

pastu dia call balik
dia mula buka cerita
dia petah bercakap lak
dia tanya aku
pasal exam
pasal kesihatan
pasal makan aku
di akhir perbualan tu
dia bergurau dengan aku
sebelum ni ada gak la
dia bergurau macam tu
tapi harini lama sikit
dari yang biasa
dia panggil nama aku
masa aku nak letak
pastu dia gelak
senang hati aku
bila dia ceria
yelah dia kan sakit

esoknya
last paper
aku happy sangat
malam tu, aku call dia
tapi tak terangkat
samalah seperti hari2 seterusnya
dalams seminggu gak la
aku call tak berangkat
masuk hospital ke Kasih aku ni?
tapi phone tak off pun?
hurmmmm
sehingga aku nekad
beri mesej
kalau nak putus cakap
tapi tolong jangan senyap
saya ok saja kalau nak
tapi tak sangka lusa tu
sepupu dia cakap
dia dah tiada
DAH MENINGGAL DUNIA

20.12.2011
hari pemergian dia
selang beberapa hari
lepas kertas terakhir STPM aku
selepas aku tahu
dia dah pergi
aku rasa bersalah
sebab aku hantar mesej
yang tak sepatutnya aku hantar kat dia
remuk hati aku
hancur lebur
jiwa aku kosong

kini
aku hanya mampu mengenang
saat indah bersama dia
tiada lagi petah bicaranya
riangnya percakapan dia
mesej2 cinta dari dia
gurauan manja dari dia

setiap hari lepas aku tahu
pemergian dia
aku tunggu call dari dia
aku tunggu mesej dari dia
aku macam orang gila
tapi aku tak tunjuk
kat orang lain
aku kontek sepupu dia
dia nasihatkan aku macam2

aku cuba melupakan dia
aku delete semua mesej dia
tapi dia tetap dalam hati aku
dia tak boleh aku hilangkan
tak boleh menganggap
dia dah tiada
dia sentiasa dalam hati aku
satu2nya kenangan aku dengan dia
rakaman suara dia
dia menyanyi untuk aku
lagu yang ida bagi
Stacy-Kisah Dongeng
Nera-Hatimu Milikku
ada tiga lepas tu
tapi aku terdelete
dan terakhir
Arrow-Sendu Di Hatimu, Rindu Di Hatiku
aku akui saat ini
aku cuba menangis
tapi aku tak sanggup
nak tunjuk kesedihan aku
blog ni tempat
aku meluahkan segalanya

p/s:
Kasih,
sehingga kini
Kasih tak pernah
keluar dari hati sayang
sayang tak pernah bencikan Kasih
sayang halalkan kasih sayang sayang
yang sayang bagi pada Kasih
cuma yang sayang harap
Kasih aman di sana
abadi dan sejahtera
di sisi Pencipta Kasih

sayang cuma nak Kasih tahu
sehingga kini
sayang rindukan Kasih
sayang sebenarnya
tunggu Kasih bagitahu sayang
yang Kasih sakit
itu yang sayang nak dengar
sebab Kasih pernah bagitahu sayang
walau apa pun yang terjadi
Kasih tetap sayang punya
sayang tetap di hati Kasih
tapi kenapa Kasih?
Kasih tak bagitahu sayang
yang Kasih sebenarnya
sakit tenat?
tapi segalanya dah berlaku
sayang pun dah lama tahu

sayang doakan Kasih
sejahtera di alam sana
semoga cinta kita
akan bertaut di syurga nanti
Insya Allah...

satu saja persoalan aku
untuk aku mencari cinta lain
aku tertanya-tanya
ikhlaskah cintaku ini?
atau sekadar hanya
ingin hilangkan rasa sunyi di hati
tapi bagi aku,
aku mungkin akan berbuat begitu
pada awalnya
namun jika aku dah sayang seseorang
aku akan selamanya punya dia...