sebagai seorang pelajar STPM, aku tak boleh main-main sebenarnya... tapi still la... naluri form 5 tu ada lagi... banyak main... kalau SPM, tak baca pun boleh dapat B+ lagi... tapi STPM, pendekatannya berbeza, FAIL terus... itu kesilapan aku yang kedua... aku kecewa, down, atau apa-apa perkataan yang sama erti dengan kejatuhan, kekecewaan dan sebagainya... semuanya berlaku tanpa disedari oleh sesiapa... aku ni jenis simpan top secret... jadi... takkan ada orang yang tahu rahsia tu...
satu hari tu... aku masuk Bilik Berlian iaitu bilik guru bagi guru-guru tingkatan enam... niat aku nak jumpa guru Pengajian Am aku, Puan Hanim... masalahnya, dia tengah sibuk... pastu aku ingat nak balik kelas... aku melintas pulak depan guru kelas aku, Puan Juraizah... detik-detik kebangkitan bermula kat sinilah... mulanya dia bertanya sesuatu yang simple je... macam, kenapa tak hantar homework pengajian am dan sejarah... tapi aku senyap... aku buat bodoh... aku senyum, sengeh, untuk mengelakkan aku tidak ditanya banyak soalan... dan sampailah satu soalan yang keluar dari form teacher aku, "awak ada masalah ke?" air muka aku terus berubah... air mata aku macam nak tumpah pun ada gak... soalan tu aku cepat-cepat jawab... "takde papelah cikgu!" sambil tersengih... pastu aku terus blah dari bilik tu...
tapi tak sampai keluar pun... Puan Juraizah panggil aku balik... aku cuba untuk keluar jugak... tapi aku tak sampai hati bila cikgu mula tinggikan suara dia memanggil aku... aku patah balik... dia suruh duduk kat kerusi yang bertentangan dengan dia... dari situlah segalanya terbongkar... memandangkan Puan hanim ada dalam tu... (Puan Hanim sebenarnya dah tau dah... tapi aku tak cakap sepenuhnya masalah aku dekat dia... sebab aku cuma cakap aku tak nak belajar lagi) Puan Juraizah pun cerita sikit kat Puan Hanim... sambil dia buat kerja dia, Puan Hanim turut menasihati aku... then datang lagi seorang cikgu, Puan Shahrina, guru Pengajian Perniagaan kelas aku... dia pun turut sama... banyak tanya... pstu terus kaunseling aku bila dapat tahu aku down... sampai aku nak nangis wooo... airmata aku dah keluar dah... cuma tak menalir ja... yang aku tak tahan... boleh pulak Puan Juraizah cerita dalam kelas pasal aku... hahaha... time tu aku rasa macam... DEMMM!!! haha... kawan-kawan aku dalam kelas pun terkejut gak la... hahaha... sebab aku tak tunjuk... buat apa? bukan ada faedah pun... aku bukan penting pun dalam hidup diorang... ngeh3...
begitulah serba sedikit cerita permulaan kebangkitan aku selepas kejatuhan yang tak berapa nak lama... tapi agak lama jugak la... 2 bulan... dalam pada masa yang sama untuk memulihkan kembali semangat aku... ada seorang sahabat yang aku tak tahu asal usul dia turut membantu memulihkan semangat aku... perkenalan kami bermula dengan dia tersalah hantar mesej... lepas tu kitorang jadi kawan... nama dia Nur Alisa Najwa, asal Klang, tinggal kat Kedah sebab ikut mak ayah dia yang kerja kat sana... tu aku tak tau la betul ke tak... malas aku nak tanya... kang over pulak... dia juga banyak menasihati aku dalam menghadapi masalah yang aku hadapi masa kejatuhan aku tu... dari cerita pasal pelajaran dan exam aku... sampailah cerita pasal ex aku tu...
dan di sini... aku ingin memberi sedikit ucapan... kepada cikgu-cikgu tingkatan enam... saya berterima kasih kerana kalian telah mengembalikan tak banyak sedikit pun ada la juga keyakinan meneruskan pembelajaran saya... sahabat-sahabat, dan orang sekeliling aku... rakan di facebook... terima kasih atas nasihat kalian...
*SPECIAL APPRECIATION*
GURU TINGKATAN ENAM SMK PERIMBUN
-CIKGU JURAIZAH ABDUL JAMIL-
(GURU TINGKATAN A.K.A. MUET TEACHER)
-CIKGU NOOR HANIM MOHAMAD NOOR-
(GURU PENGAJIAN PERNIAGAAN)
-CIKGU SHAHRINA ZAINAL ABIDIN-
(GURU PENGAJIAN PERNIAGAAN)
SAHABAT, RAKAN, TEMAN
-NUR ALISA NAJWA-
(UNKNOWN FRIEND)
-PRE U SENIOR 2 SMK PERIMBUN
(BATCH 2010/2011)
-ANGAH FACEBOOK-
(BANK NASIHAT)
kalau aku tak jumpa cikgu masa bulan tujuh tu... mungkin aku masih ditakuk lama... niat nak kerja... malas dah nak belajar... ye la... ak jumpe lepas sebulan aku down... memang hancur da aku rasa dunia aku... tapi... bila aku jumpa cikgu-cikgu tersebut... aku dah boleh macam "terima hakikat" lepas tu ada la beberapa sesi kaunseling dengan cikgu terbabit... dengan Cikgu Hanim bagi nasihat untuk go through... Cikgu Juraizah pulak bagi kata-kata semangat untuk aku meneruskan pengajian aku di tingkatan 6 ni...
TERIMA KASIH CIKGU & SAHABAT
bangkit selepas jatuh lebih baik dari berada dalam zon selesa selama-lamanya ^__^
ReplyDeleteterima kasih cik doodlelicious... kata-kata andai sama macam kata-kata guru saya... terima kasih...
ReplyDelete