Thursday, May 29, 2014

Dia Yang Terluka

minggu ni
aku buat dia sakit hati lagi
minggu lepas pun ada jugak
aku pun tak pasti
kenapa aku buat dia macam tu

aku kira-kira
setakat yang aku ingat la
dah 2 kali dah
aku buat dia menangis
yang ni tak tahulah
mungkin jugak
kalau dia menangis
maknanya dah 3 kali
haihhhhh

hurmmm
lagi satu
aku perasan sesuatu
sejak kebelakangan ini
sensitif dan sentap dia
makin menjadi-jadi
pantang aku salah cakap sikit
mesti dia sentap
bermula la 'Perang Dingin'
antara dia dengan aku
huhuhu

jujur aku cakap
kalau dia dah halal
bagi aku saat ini
aku genggam tangan dia
aku dakap erat tubuhnya
agar dia kembali tenang
biar dia menangis di depan aku
biar dia menangis dalam pelukkan aku

aku akan tanya
segala isi hatinya
rasa tika dan saat ininya
biar dia meluah segala yang terbuku
agar ku tahu apa isi hatinya
agar dapat ku menenangkan resahku
agar dia kembali selesa dengan aku

tapi sayeeennngggg
kami kawan je
huhuhuhu