Friday, June 6, 2014

Maggie Ayam Bujangku

ada la satu hari tu...aku cuti semester...jadi aku balik rumah, homesick lah katakan...masa tu kakak aku bekerja...jadi tinggallah aku dengan mak...aku bangun lambat pagi tu...tengok mak dah takde dalam rumah...mungkin beliau ke masjid bersihkan kawasan masjid...itu aktiviti mingguan beliau dengan mak cik...

aku pun tengok la tv kejap...mamai la katakan...nak sidai baju tak siap lagi...tengok tv punya tengok...mak balik sebab dah selesai kerja beliau kat masjid tu...lalu dia tanya aku nak sarapan apa...aku cakap lah aku tak tahu...lalu tercongok la dua beranak ni depan tv...hihihi...

lama jugak la...then perut aku lapar...tak tahan aku tanya mak aku ada tak megi? mak cakap ada, dalam kabinet tu...aku amik, aku masak la kejap...megi style aku...yummy...hehehe...

lepas dah masak dah siap tunggu nak makan...time ni aku masak untuk aku jah...sebab mak aku cakap beliau tak nak makan...aku makan punya makan dalam 3-4 sudu...mak datang kat meja...sedap bau megi katanya...nak rasa...hehee...

pastu aku macam...aduhhh, orang tua ni..tadi tak nak...huhuhu...pastu aku pass megi tu kat mak saya...mak aku cakap sedap, lagi sedap kalau letak cili...memang pun...saja aku tak letak sebab aku tahu mesti beliau akan makan gak megi ni...pastu aku perhati je beliau makan...tetiba hati aku jadi sayu...berselera sungguh beliau makan walaupun yang dia makan tu hanyalah megi bujang buatan aku...aku tak pasti la sama ada dia makan tu sebab sedap atau beliau memang lapar...tapi riaknya itu...priceless...dan buat aku jadi kenyang even aku hanya makan 2-3 sudu...

jadi aku biarkan mak aku menghabiskan semuanya hanya kerana saya mahu lihat reaksi wajahnya ketika makan megi tu...

dan aku merasakan aku perlu belajar memasak mulai dari hari itu...tapi aku takut nanti masakan aku tak sedap dan nanti akan jadi suatu pembaziran pula...hahaha...tapi aku bersedia nak belajar...cari2 resepi...hihihi...

-Insya Allah Bondaku-


Thursday, May 29, 2014

Dia Yang Terluka

minggu ni
aku buat dia sakit hati lagi
minggu lepas pun ada jugak
aku pun tak pasti
kenapa aku buat dia macam tu

aku kira-kira
setakat yang aku ingat la
dah 2 kali dah
aku buat dia menangis
yang ni tak tahulah
mungkin jugak
kalau dia menangis
maknanya dah 3 kali
haihhhhh

hurmmm
lagi satu
aku perasan sesuatu
sejak kebelakangan ini
sensitif dan sentap dia
makin menjadi-jadi
pantang aku salah cakap sikit
mesti dia sentap
bermula la 'Perang Dingin'
antara dia dengan aku
huhuhu

jujur aku cakap
kalau dia dah halal
bagi aku saat ini
aku genggam tangan dia
aku dakap erat tubuhnya
agar dia kembali tenang
biar dia menangis di depan aku
biar dia menangis dalam pelukkan aku

aku akan tanya
segala isi hatinya
rasa tika dan saat ininya
biar dia meluah segala yang terbuku
agar ku tahu apa isi hatinya
agar dapat ku menenangkan resahku
agar dia kembali selesa dengan aku

tapi sayeeennngggg
kami kawan je
huhuhuhu


Wednesday, April 23, 2014

Cerita Cinta di Universiti

sebenarnya dah dua tahun
aku duk Kelantan ni
sambung belajar
Universiti Malaysia Kelantan
jangan tanya kenapa jauh sangat
dah rezeki kat sini
terima dan redho je la nak

sebenarnya hampir 2 tahun dah
takde masa nak update kat blog ni
selalu update simple2 je
tentang hati, perasaan dan juga ilmiah sikit
kalau tak kat FB kat twitter
tapi twitter jarang, jarang sangat
bukak pun sebab nak tengok
livescore bola je
hehehehehe

nak dipendekkan kan cerita
first day aku masuk sini
dah bertegur sapa dengan awek
tapi tak la masuk2 terus tegur
hahahaha

first time masuk, kelas marketing
awek tegur, student intake baru ke?
iya kan je

comel orangnya, tapi takut nak bermesra
kenangan silam masih menghantui
dan hati masih lagi pada Nur Alisa Najwa
ramai betul yang comel kat sini
sampai rambang mata gak la
huhuhuhuhu

pastu dalam semester sama juga
juga kenal seorang gadis
pun comel, berisi, taste diri...
hikhikhik
tapi dah berpunya, lambat seminggu...
aduiiiii...

semester tu, itu je la yang berkenan
masuk semester ke dua
lagi la, padu bak hanggggg
kelas berpecah, semakin ramai yang terlihat
huhuhuhu

dalam semester kedua ni la titik segalanya
ramai yang aku jumpa, tapi satu aku tertarik
tertarik means hati aku betul2 sangkut
aku tertarik sebab dia kecik
taste baru selepas tamat tingkatan enam

aku tak tahu sebab apa aku tertarik dengan dia
sebab sampai sekarang, semester 4 aku masih pandang dia
aku tengok dia biasa2 je
mungkin kerana kehalusannya
kelembutan bicara dan keramahannya
kebaikannya kepada aku
itu yang membuatkan aku tertarik...

walaupun aku ada cuba untuk pandang awek2 lain
tapi macam mana aku nak terang kan?
rasa tu tak sama dengan apa yang aku rasa
bila aku pandang dia
aku rasa melalui mata hati
sedang awek lain aku pandang dengan mata zahir

tapi sayang, dia juga telah berpunya
tapi tu semester 2 dan semester 3
sekarang dia single
tapi....
aku melihat aku ada pesaing
aku jenis bukan suka berebut
kalau ada orang nak
aku tak letak harapan dah
bukan aku tak nak pertahankan
tapi aku rasa orang lain boleh buat dia bahagia
apa yang aku boleh buat
orang tu juga mungkin boleh buat
malah mungkin boleh buat lebih lagi
dia lagi better look
better personality
tuntasnya
perfect untuk memiliki seorang gadis

apalah nak dibandingkan dengan aku ni
rupa tiada, harta tiada, gemuk plak lagi
sapa lah pandang kalau ada yang lebih perfect
lagipun aku dah biasa mengalah
sedang dalam bercinta pun aku yang mengalah
tanpa memikirkan hati aku yang parah
inikan pulak sesuatu yang aku tak pasti
milik aku kah atau bukan

dan mungkin untuk sekali lagi
terpaksa untuk aku mematikan
mematikan rasa yang tumbuh ini
dari membiak dan bercambah
untuk mengelakkan ia menjadi lebih kucar
sebelum ia menjadi lebih parah