Friday, January 29, 2010

Minggu Pasal Bola....

Minggu lepas menyaksikan perlawanan bola sepak yang mendapat tumpuan aq iaitu yang pertama Liga Super Malaysia...

Sabtu lalu menyaksikan rekod tanpa kalah Selangor dileburkan oleh Terengganu di KT Dengan jaringan agak memalukan Terengganu 4-0 Selangor. Penyokong The Red Giants hampa seketika... Namun selang dua hari berikut bagaikan Selangor beraksi bagai gergasi terluka di stadium keramat Selangor, Stadium Shah Alam...

Malam tersebut menjadi saksi kebangkitan Selangor apabila membelasah skuad dari selatan iaitu Johor FC... dengan jaringan besar Selangor 6-0 Johor FC... Sementara terngganu pula tumpas di tangan Negeri Sembilan 2-1 di Stadium Paroi... Meletakkan Selangor selesa menerajui takhta Liga Super dengan 15 mata...

Yang kedua..
Sementara itu... Pada malam sama di England... Menyaksikan Chelsea Fc menduduki tangga kedua takhta Liga Perdana Barclays yang diterajui Arsenal... Tetapi beraksi dalam perlawanan perebutan piala FA selaku juara bertahan apabila menjuarainya musim lalu pada perlawanan akhir pada malam itu...

Turun menentang Preston North Ends, Chelsea mudah meratah mereka di Deepdale... dengan jaringan Anelka dan Sturridge... Sudah cukup untuk menyaksikan Chelsea melangkah ke pusingan seterusnya... Kegembiraan skuad Carlo Ancelotti itu tidak berpanjangan apabila Manchester United yang beraksi dalam Liga Perdana Barclays mudah mengalahkan Hull City seteusnya menerajui Takhta Liga Barclays... Menyaksikan Chelsea Turun lagi ke tangga ketiga liga...

Dua hari berikut menyaksikan Chelsea yang berbaki dua perlawanan dan Arsenal berbaki satu perlawanan turun beraksi untuk merampas takhta liga dari peneraju, Manchester United...

Turun menentang Birmingham di Stamford Bridge, Chelsea mudah membenam mereka dengan jaringan 3-0... dengan kemenangan ini dan menyaksikan Arsenal seri tanpa jaringan pada perlawanan mereka... Chelsea yang masih berbaki satu perlawanan terus merampas takhta liga dari MU... Dengan kelebihan satu mata... hujung minggu ini... Chelsea akan menentang Burnley di tempat lawan...

Yang ketiga
Pagi Isnin pula di Itali... AC MIlan yang beraksi cemerlang sebelum ini dan berharap dapat merapatkan jurang mata dengan pendahulu Serie A, Internazionale tetapi harapan mereka berkecai setelah tumpas mengejut juga kepada seteru setempat mereka itu, Internazionale dengan jaringan 2-0 di San Siro.

Pada mulanya Milan dilihat berpeluang cerah untuk menang setelah ketinggalan pada minit ke 10 apabila tonggak Inter, Wesley Sneider dibuang padang pada minit ke 27. Tetapi mereka gagal mengambil peluang tersebut untuk mencari gol. Malah Inter yang bermain dengan 10 orang terus menambah jaringan pada minit ke 65 menjadikan mereka selesa mendahului 2-0... Peminat Muilan bertambah kecewa apabila Inter bermain 9 orang pada minit 90 dan Ronaldinho gagal menjaringkan penalti juga pada minit ke 90.

Harapan peminat Milan unyuk menyaksikan pasukan kesayangan mereka itu bangkit dari kekalahan terus berkubur dalam perebuatan Copa Italy setelah Milan tersingkir dari perebutan kejuaran setelah tumpas lagi tetapi di tangan Udinese 0-1... Lebih mengaibkan Milan apabila mereka tumpas di tempat sendiri... Buat dua kali berturut-turut...

Tu je r kot yang menarik minat aku minggu lepas pasal bola... Kalau ada kesalahan ejaan pandai2 r korg betulkan... Selangor kalah menang, Chelsea menang menang, AC Milan kalah kalah... :) :(

No comments:

Post a Comment